.

.

Sunday, April 4, 2010

12 Kelompok Umat

12 Kelompok Umat Di Padang Mahsyar
Text Color
Diriwayatkan pada suatu hari,Mu'adz bib Jabal bertanya kepada
Rasulullah
SAW mengenai maksud firman Allah SWT dalam Surah An-Naba,ayat 18,bermaksud: Iaitu hari ( yang pada waktu itu ) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.
Mendengar sahaja soalan itu lantas Rasulullah menangis dan bersabda: Wahai Mu'adz,sesungguhnya engkau bertanyakan sesuatu perkara yang sangat besar. Ada 12 macam umatku nanti yang akan dihalau ke Padang Mahsyar. Mereka itu semuanya Allah tukarkan tidak seperti mereka hidup di dunia.

Golongan itu ialah:

- Dibangkitkan dalam keadaan tanpa tangan dan kaki.Mereka ialah orang yang ketika di dunia
suka mengganggu jiran tetangga.

- Dibangkitkan dalam keadaan berbentuk babi. Mereka ialah golongan yang malas dan lalai
dalam solatnya.

- Dibangkitkan dalam keadaan perut membesar dengan di dalamnya penuh ular dan kala
jengking kerana di dunia mereka tidak membayar zakat.

- Dibangkitkan dalam keadaan mulutnya mengalir darah kerana ketika berniaga mereka
menipu.

- Dibangkitkan dalam keadaan lebih buruk dan busuk daripada bangkai kerana di dunia
mereka selalu melakukan maksiat secara sembunyi kerana takut dilihat oleh orang,tetapi
tidak takut kepada Allah.

- Dibangkitkan dalam keadaan leher terputus kerana di dunia mereka memberi kesaksian
palsu.

- Dib
angkitkan dalam keadaan tanpa lidah kerana selalu berdusta ketika di dunia.

- Dibangkitkan dari kubur dalam keadaan kepala tersungkur,sedangkan kedua-dua kakinya di
atas kepala dan farajnya mengeluarkan nanah yang mengalir seperti air kerana ketika
hidup,golongan itu suka berzina dan mati sebelum sempat bertaubat.

- Dibangkitkan dalam keadaan wajah yang hitam tetapi matanya biru dan perutnya dipenuhi
api kerana ketika di dunia mereka selalu memakan harta anak yatim secara zalim.

- Dibangkitkan dalam keadaan sopak dan kusta kerana ketika hidup di dunia mereka
menderhaka kepada orang tua.

- Dibangkitkan dalam keadaan buta hati,giginya seperti tanduk,bibirnya menjulur sampai ke
dada,lidahnya sampai ke perut manakala perutnya menjulur hingga ke paha dengan
perutnya penuh kekotoran kerana ketika hidup mereka gemar minum arak.

Bagaim
anapun,bagi kelompok yang kedua belas,mereka dibangkitkan daripada kubur
dengan wajah yang bercahaya seperti bulan purnama dan melepasi 'sirat' ( titian ) seperti
kilat kerana golongan itu ketika hidupnya rajin beramal soleh,meninggalkan maksiat dan
menjaga solat lima waktu dengan berjamaah.


Enam perkara :

Rasulullah SAW turut bersabda,"Jaminlah untukku enam perkara,maka aku akan menjamin
untukmu Syurga."

- Kalau bercakap,cakaplah yang benar.

- Kalau berjanji,tepatilah janji.

- Kalau diberi amanah,tunaikanlah dengan baik.

- Pejamkanlah matamu daripada yang diharamkan.

- Peliharalan farajmu daripada hubungan seksual yang diharamkan.

- Peliharalah sepak terajangmu daripada perkara yang diharamkan.







Dipetik daripada Milenia Muslim,April 2010.

No comments:

Post a Comment