.

.

Thursday, May 19, 2011

Monday, May 16, 2011

Saturday, May 14, 2011

Thursday, May 12, 2011

Monday, May 9, 2011

TAFSIR SURAH al-KAFIRUN

1. Katakanlah ( wahai Muhammad ):"Wahai orang kafir!"
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. Dan kamu tidak mahu menyembah ( Allah ) yang aku sembah.

4. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

6. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

Kelebihan Membaca Surah al-Kafirun

1. Menurut riwayat yang sahih dalam kitab-kitab tafsir Ibn Jarir,al-Qurtabi dan al- Baghawi,Nabi
s.a.w membaca surah ini bersama-sama dengan surah al-Ikhlas dalam solat sunat Tawaf.

2. Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim daripada Ubay bin Ka'ab meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w
kerap membaca surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas dalam sunat witir.

3. Abu Hurairah r.a pula meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w membaca surah ini bersama-sama
dengan surah al-Ikhlas dalam solat sunat Subuh. Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh Muslim
dalam Sahihnya.

4. Ahmad pula meriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a memerhatikan Rasullulah s.a.w selama
sebulan,mendapati surah ini kerap dibaca oleh Nabi s.a.w dalam solat sunat sebelum Subuh
dan dalam solat sunat sebelum Maghrib.Al-Tarmizi menganggap hadis ini sebagai hadis hasan.




Petikan drpd Solusi 21

Sunday, May 8, 2011

TAFSIR AYAT KE-123-126 SURAH TAHA

Firman Allah dalam ayat 123 - 126,maksudnya
"Turunlah kamu berdua dari syurga itu,bersama-sama dalam keadaan sesetengah kamu menjadi musuh bagi sesetengah yang lain:kemudian jika datang kepada kamu petunjuk daripada-ku,maka sesiapa yang mengikuti pentunjuk-Ku,nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara."

'Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku,maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit,dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamatdalam keadaan buta. Ia berkata : "Wahai Tuhanku,mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta,padahal aku dahulu melihat?" Allah berfirman: Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu,lalu engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan dan ditinggalkan."