.

.

Monday, May 9, 2011

TAFSIR SURAH al-KAFIRUN

1. Katakanlah ( wahai Muhammad ):"Wahai orang kafir!"
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3. Dan kamu tidak mahu menyembah ( Allah ) yang aku sembah.

4. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

6. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

Kelebihan Membaca Surah al-Kafirun

1. Menurut riwayat yang sahih dalam kitab-kitab tafsir Ibn Jarir,al-Qurtabi dan al- Baghawi,Nabi
s.a.w membaca surah ini bersama-sama dengan surah al-Ikhlas dalam solat sunat Tawaf.

2. Dalam al-Mustadrak oleh al-Hakim daripada Ubay bin Ka'ab meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w
kerap membaca surah al-Kafirun dan surah al-Ikhlas dalam sunat witir.

3. Abu Hurairah r.a pula meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w membaca surah ini bersama-sama
dengan surah al-Ikhlas dalam solat sunat Subuh. Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh Muslim
dalam Sahihnya.

4. Ahmad pula meriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a memerhatikan Rasullulah s.a.w selama
sebulan,mendapati surah ini kerap dibaca oleh Nabi s.a.w dalam solat sunat sebelum Subuh
dan dalam solat sunat sebelum Maghrib.Al-Tarmizi menganggap hadis ini sebagai hadis hasan.




Petikan drpd Solusi 21

No comments:

Post a Comment