Warkah
Daripada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan
Junjung,Kulim Kedah DA
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikaumwarahmatullahiwabarakatuh
dan salam sejahtera.
Salam
sejahtera saya ucapkan kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaaan Junjung.Saya
dengan tulus hati ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sidang redaksi
Buletin SMKJ berusaha gigih untuk menerbitkan buletin edisi kelima ini.Syabas
dan tahniah kepada semua anggota sidang redaksi kerana berjaya
mendokumentasikan pelbagai peristiwa bersejarah yang berlaku di sepanjang tahun
yang menimba nostalgia dan kenangan manis yang tinggi nilainya.
SMK
Junjung sentiasa berusaha untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran
melalui Falsafah Pendidikan Negara.Di samping itu pihak sekolah sentiasa
bekerja keras dalam menjayakan visi dan misi sekolah.Cita-cita negara untuk
menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang terulung di dunia hanya akan
tercapai apabila para pelajar-pelajar digandingkan dengan guru-guru yang kreatif,berinisiatif
dan beriltizam.
Harapan saya kepada semua para pendidik,pelajar-pelajar dan staf sekolah
agar berusaha gigih untuk meletakkan SMKJ sentiasa berada di atas.Hal ini
demikian bersesuaian dengan slogan yang sentiasa kita sebut-sebut iaitu
“JUNJUNG SENTIASA DI ATAS”.Kata-kata hikmat ini diharap akan menjadi pegangan
semua warga sekolah demi menjadikan SMKJ sebuah institusi yang berjaya dan
disegani suatu hari nanti.
Tahun demi tahun warga sekolah ada yang datang dan ada yang
pergi.Biarlah yang datang dengan harapan akan pergi dengan penuh kejayaan dan
sejuta kenangan.Bagi yang singgah sejenak di sini pengalaman yang digapai akan
menjadi asam garam kehidupan.
Sekian,salam hormat daripada saya.
“JUNJUNG SENTIASA DI ATAS”
PN.HJH SARIFAH BT MUSTAFA
Pengetua,
SMK
Junjung,Kulim,Kedah Darul Aman.