.

.

Saturday, January 25, 2014

Warkah Terakhir Daripada Pn Hajjah Saripah

Description: D:\STOR GAMBAR\Bersara 2\DSC_6230.JPG
 Warkah Daripada Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Junjung,Kulim Kedah DA

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikaumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

       Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua warga Sekolah Menengah Kebangsaaan Junjung.Saya dengan tulus hati ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada sidang redaksi Buletin SMKJ berusaha gigih untuk menerbitkan buletin edisi kelima ini.Syabas dan tahniah kepada semua anggota sidang redaksi kerana berjaya mendokumentasikan pelbagai peristiwa bersejarah yang berlaku di sepanjang tahun yang menimba nostalgia dan kenangan manis yang tinggi nilainya.
       SMK Junjung sentiasa berusaha untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran melalui Falsafah Pendidikan Negara.Di samping itu pihak sekolah sentiasa bekerja keras dalam menjayakan visi dan misi sekolah.Cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang terulung di dunia hanya akan tercapai apabila para pelajar-pelajar digandingkan dengan guru-guru yang kreatif,berinisiatif dan beriltizam.
        Harapan saya kepada semua para pendidik,pelajar-pelajar dan staf sekolah agar berusaha gigih untuk meletakkan SMKJ sentiasa berada di atas.Hal ini demikian bersesuaian dengan slogan yang sentiasa kita sebut-sebut iaitu “JUNJUNG SENTIASA DI ATAS”.Kata-kata hikmat ini diharap akan menjadi pegangan semua warga sekolah demi menjadikan SMKJ sebuah institusi yang berjaya dan disegani suatu hari nanti.
        Tahun demi tahun warga sekolah ada yang datang dan ada yang pergi.Biarlah yang datang dengan harapan akan pergi dengan penuh kejayaan dan sejuta kenangan.Bagi yang singgah sejenak di sini pengalaman yang digapai akan menjadi asam garam kehidupan.

Sekian,salam hormat daripada saya.

“JUNJUNG SENTIASA DI ATAS”

PN.HJH SARIFAH BT MUSTAFA
Pengetua,
SMK Junjung,Kulim,Kedah Darul Aman.


No comments:

Post a Comment