.

.

Thursday, March 18, 2010

DIDIK ANAK PADA LIMA PERKARA


1. Akhlak Dengan Ibu Bapa

Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman,hendaklah hamba-hamba kamu dan orang yang belum baligh dalam kalangan kamu,meminta izin kepada kamu ( sebelum masuk ke tempat kamu ),dalam tiga masa; ( iaitu ) sebelum sembahyang Subuh dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang Isyak;itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kepada kamu). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, ( kerana mereka ) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu sama lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya ( yang menjelaskan hukum-hukumnya ) dan ( ingatlah ) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Surah al-Nur 24 : 58 )
Anak-anak tidak dibenarkan masuk ke bilik ibu bapa pada waktu Subuh,tengah hari sebelum Zuhur dan pada waktu malam selepas Isyak kecuali dengan terlebih dahulu meminta izin kedua-duanya.Larangan sebegini harus dilatih dan dibiasakan.
Anak-nak juga perlu dilatih supaya mendengar kata-kata ibu bapa demi kebaikan mereka juga. Pendekatan latih tubi perlu sehingga anak itu akan sensitif setiap perintah dan larangan kedua ibu bapa.

2. Akhlak Ketika Makan

Anak-anak perlu dilatih supaya makan secara berjamaah bersama-sama ibu bapa dan sesiapa sahaja yang ada dalam rumah itu. Mereka juga wajar dibiasakan dengan bacaan doa sebelum memulakan makan,dan dibiasakan mengambil makanan yang dekat terlebih dahulu.
Latih anak-anak menunggu ibu bapa mengambil tempat makan dan bapa memulai makan,baru diikuti oleh anak-anak.Adab itu perlu dibiasakan di rumah supaya dengan itu dia akan tahu beradab ketika makan di majlis orang lain.

3. Akhlak Dengan Kawan-Kawan

Dalam berkawan,anak-anak harus dibiasakan dengan adab sopan budi bahasa yang baik. sewaktu bercakap,biasakan supaya bercakap benar dan bertolak ansur pada perkara yang tidak melanggar syariat tetapi sebaliknya harus bertegas dalam perkara yang menyalahi syariat.


4. Akhlak Dengan Guru

Guru perlu dihormati baik semasa di sekolah mahupun di luar sekolah. Anak-anak perlu diingatkan hal ini supaya anak-anak tidak bersikap biadap dengan guru. Ilmu yang disampaikan oleh guru perlukan keberkatan,barulah ilmu itu bermanfaat kepada anak muridnya. jadi,anak-anak perlu faham perkara ini.
Oleh
sebab itu,sebelum anak memasuki dewan peperiksaan,dia perlu memohon restu dan memohon kemaafan daripada guru yang mengajarnya. inilah lazimnya yang diamalkan oleh murid-murid pada zaman dahulu.

5. Akhlak Dengan Orang Tua

Anak-anak juga perlu dibiasakan menghormati orang tua selain ibu bapanya.Untuk itu anak-anak harus dibawa berjamaah di surau atau masjid. Di sana dia boleh bermasyarakat dengan jamaah yang terdiri daripada orang tua dan muda.


Dipetik Daripada Solusi,isu 16.



1 comment:

  1. moga-moga kita dapat mendidik generasi muda mengenali adab-adab Islam.
    Tahniah !
    Teruskan usaha yang baik.

    ReplyDelete