.

.

Saturday, March 27, 2010

DOA MEREKA UNTUK KITA


Istimewanya Islam ialah kita bukan sahaja mendoakan diri sendiri bahkan kita boleh mendoakan untuk orang lain,sebagaimana makhluk-makhluk Allah turut mendoakan orang-orang yang beriman.Malah doa seorang hamba kepada saudaranya adalah makbul sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.,
"Tiada seorang Muslim pun yang berdoa untuk saudaranya dari belakang,malahan malaikat berkata kepadanya,"Dan bagi kamu seperti yang kamu pinta untuk saudaramu' ( Riwayat Muslim )
Antara orang yang mungkin sering mendokan kita ialah:
  • Ibu bapa
  • Orang lemah yang pernah kita bantu
  • Anak-anak yatim
  • Sahabat-sahabat seperjuangan dalam Islam dan agama
  • Guru yang berkongsi ilmu dengan kita dan mengenalkan kepada dunia
  • Malaikat
  • Makhluk-makhluk Allah yang lain sama ada di daratan ataupun di lautan
Sekarang sedarkah anda ? Ibu bapa yang mengasihi kita sering mendoakan anak-anaknya,orang-orang yang memerlukan dan anak-anak yatim yang pernah kita bantu juga tidak lupa mendoakan kita.Doa yang ikhlas datang dari hati yang tulus.Oleh itu,banyakkan berbuat kebaikan dan jadilah hamba yang soleh agar anda sering didoakan oleh seluruh penghuni langit dan bumi.



Dipetik Drpd Solusi Isu 12.




1 comment:

  1. Hamba Allah yang insaf pasti akan berdoa dengan penuh pengharapan.
    http://halimnasir.blogspot.com/2009_05_01_archive.html

    ReplyDelete